Dunia BitCoin bukan lagi asing di kalangan masyarakat Malaysia. Walaupun jarang dinyatakan, memang tidak boleh dinafikan bahawa pengunaannya semakin meluas di Malaysia. Dengan seklik, pengguna boleh merujuk kepada pelbagai hasil carian yang boleh membawanya kepada komuniti Bitcoin di seluruh dunia. Dalam komuniti ini, ahli-ahli boleh membekalkan diri dengan berita terbaru dalam dunia Bitcoin, mencari maklumat tentang perkumpulan antara ahli, dan ciri yang terbaik antara kesemua ini adalah pengguna boleh memulakan perbincangan sesama sendiri melalui forum. Semua manfaat ini memastikan ahli-ahli boleh sentiasa mengikut perkembagan terkini tentang Bitcoin.
Bagi sesetengah pengguna BitCoin, mungkin nama CoinHako masih baru lagi. CoinHako adalah laman web yang terkemuka di Asia yang menawarkan perkhidmatan e-dompet kepada pengguna BitCoin. Laman mereka terkenal sebagai ‘lelaman yang paling mudah untuk membeli dan menjual Bitcoin dalam Asia’. Sekarang, anda boleh meninjau harga Bitcoin yang terkini dalam matawang Singapore Dollar (SGD), US Dollar (USD) dan yang terbaru, dalam Ringgit Malaysia (MYR). Kemudahan ini bukan sahaja mengurangkan kerunsingan yang dihadapi apabila menukar wang, malah membolehkan kita untuk menjalankan transaksi antarabangsa dengan lebih mudah.
Kini warganegara Malaysia boleh mengakses pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Coinhako dalam matawang Ringgit Malaysia. Pengguna hanya perlu mendaftar untuk e-dompet dengan Coinhako, dan kemudian boleh langsung menjual, membeli, mengirim dan menerima Bitcoin. Semudah itu sahaja.
Mungkin anda ingin bertanya (dan ini adalah soalan yang munasabah): “Saya boleh melaksanakan semua proses itu dengan servis e-dompet yang lain, jadi mengapa harus saya memilih CoinHako?” Jawapan kepada soalan anda senang sekali: Coinhako paling mudah dan selamat untuk digunakan.
Proses pendaftaran hanya mengambil masa beberapa minit, dan kemudian anda akan dibawa terus ke e-dompet anda selepas log masuk. Dalam e-dompet, anda boleh melihat penyata baki Bitcoin, serta harga sekeping Bitcoin dalam SGD, USD dan MYR. Di bahagian atas laman web, anda juga boleh klik untuk melihat sejarah transaksi, maklumat mengenai akaun, serta link untuk menjual dan membeli Bitcoin. Demi kemudahan anda, kesemua fungsi ini boleh didapati pada lelaman yang sama.
Sebagai pengguna Coinhako yang baru di Malaysia, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah untuk menokok e-dompet anda dengan mata wang tempatan. Dengan ini, wang di dalam e-dompet anda boleh digunakan untuk membeli Bitcoin, yang kemudian boleh digunakan dalam proses penjualan atau pengiriman anda. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan e-dompet anda untuk menerima Bitcoin, dengan memberi alamat digital anda kepada pengirim. Alamat ini merupakan token yang hanya boleh digunakan sekali. Alamat peribadi anda boleh didapati dengan satu klik butang ‘RECEIVE’, yang terletak di bawah penyataan baki Bitcoin anda. Anda juga boleh mencipta beberapa alamat untuk pelbagai kegunaan (contohnya, untuk menerima wang daripada ibu bapa semasa melanjutkan pelajaran di luar negara).
Artikel ini ialah hanya penjelasan ringkas tentang perkhidmatan yang diberikan oleh Coinhako. Sila semak blog kami di http://www.coinhako.com/blog untuk mendapatkan informasi yang lebih lengkap. Untuk maklumat yang terkini, ikutilah Coinhako di laman sosial kami: https://www.facebook.com/coinhako/
Masih tidak faham bagaimana BitCoin berfungsi? Mari kita tonton video di bawah!